Thursday, November 22, 2012

JUNAID JAMSHED - KISAH UMMAT

You are malaysian...Yes I am...with 2 brothers. We're going back to KL in 3 days time..Perbualan pertama aku dengan Junaid Jamshed..masyAllah memang teringin nak jumpa dia..dan akhirnya Allah jumpakan juga disini, Madni Masjid, Karachi, Pakistan (markas dakwah terbesar di Karachi)...My wife love malaysia..Once a month we will come to Malaysia for a visit...tambah Junaid Jamshed..Wah..that's nice..so have you been to Masjid Sri Petaling!?? Yes..of course..Very nice masjid..Hmmm..You now when i was there before..a brother brought me to visit Nazrey from Raihan group...Yeah..I knew that guy..a nasyid singer..aku mencelah. Yes..we have some talk..and i give some dakwah & ask him why he still using music instruments for his nasyid..it was Haram is islam...He try to not answer the question & said that 1 day he will stop using any instrument...Hahaha..that's good..kelakar pulak dengar reaksi Nazrey Raihan macam tu...
Lepas tu kami makan malam bersama..kerana fanatik ramai org Pakistan atas populariti Junaid Jamshed maka dia terpaksa diasingkan & dilayan khas..bukan apa nanti org2 awam tu berasak asak nak autograf atau bersalam dgn dia...begitu juga kami sebagai tetamu dari luar negara..di beri tempat iktikaf & makan yang khas...
Hmm..siapa Junaid Jamshed ni ye...!??

Masjid (lupa namanya dah), Sadiqabad, Punjab, Ogos 2007

Aku keluar jemaah selama 14 hari, bersama 5 lagi org Malaysia (1 KL 4 lg dari Sabah)..selebihnya org tempatan Pakistan..Jemaah kami ada 12 org..antaranya 2 org sahabat baik yg fasih berbahasa inggeris..bertindak sebagai penterjemah kami dlm jemaah tu..2 org ni pelajar universiti di daerah Multan, Pakistan. Agak rapat dengan aku sbb aku antara 2 yg slalu kena bayan/mutakalim sbab agak fasih gak berbahasa inggeris..Yg seorang ni cerita pada aku..dia dapat hidayat assebab 1 org yg bernama Junaid Jamshed..semasa Junaid Jamshed ni datang ke universiti dia untuk beri bayan...So, dia ceritalah siapa Junaid Jamshed ni..

Asalnya seorg penyanyi pop yg sangat terkenal di Pakistan, India, Bangladesh dan beberapa negara Arab..kat sini lebih kurang mcm Siti Nurhaliza atau Mawi laa..ketika di zaman kegemilangannya..hehe
So 1 hari kawan Junaid Jamshed ni pelawa dia untuk datang ke program bayan Maulana Tariq Jamil..Pada pertama kali dah ada kesan pada Junaid Jamshed sehingga dia akhirnya jadi peserta yg setia program bayan Maulana Tariq Jamil..Dia dapat bertemu dgn maulana menyatakan keinginan dia untuk berubah..maka maulana pun pelawa dia kluar 3 hari untuk permulaannya..3 hari ke2, ke3 dan kemudian kluar 40 hari..Dalam pada dia dah mula simpan janggut tetapi masih lagi dengan aktiviti menyanyi Pop sbab tak de kekuatan lagi utk berhenti menyanyi..lagi pun dia masih lg terikat dengan kontrak album dgn syarikat rakamannya..rata2 ketika itu peminat2 dia di benua Hindustan & Arab dah mula tertanya2 dgn perubahan dia..apatah lg pengurus peribadi Junaid Jamshed yg merupakan seorg wanita..
Satu ketika semasa nak buat 1 persembahan konsert road shownya di satu negara Arab..ketika di dalam bilik persalinan sebelum memulakan persembahan..pengurus dia..wanita itu..datang pada dia dan bg tau..Kalau kamu cukur jambang kamu sebelum konsert ni bermula, pihak  penganjur sanggup bayar sekali ganda daripada bayaran sebenar...So macammana..!? Fikirkan..ini peluang kita dapat bayaran lebih...lg pun imej kamu kini merosotkan sokongan peminat kepada kamu...Pujuk wanita sambil berlalu meninggalkan Junaid dalam keadaan serba salah...
Maka Junaid Jamshed ni ambil pisau cukur, duduk depan cermin sambil berperang dgn perasaan sendiri..nak cukur ke tak nak...Dan..antara sedar dan tidak,,tangan nya dengan rakus mencukur seluruh jambang dia...
Selesai cukur..Junaid Jamshed lihat muka di cermin, terpaku, termenung sambil menangis dan  bercakap sendirian..Ya Allah..apa yang aku dah buat ni...!??? Sambil menangis bersungguh beliau tinggalkan bilik persalinan dan konsertnya pada hari itu dibatalkan..sebab dia tak sedia & malu  untuk buat persembahan..

Dia pulang ke Pakistan dan terus bertemu dengan Maulana Tariq Jamil..meraung meminta maaf..(sbab dah beli dunia dengan akhiratnya-cukur janggut)..Maulana Tariq Jamil bg tau dia..Kenapa nak minta maaf dan menangis dengan saya..Kamu buat salah dengan Allah..jadi pergilah minta maaf dgn Dia..Akhirnya dia bertaubat..berazam keluar 4 bulan dan nekad tinggalkan terus dunia nyanyian...Dtglah ujian demi ujian pada Junaid Jamshed..Syarikat rakaman dan pengurusnya telah saman Junaid Jamshed berjuta ringgit..Beliau terus bersabar dan keluar 4 bulan dakwah..
Bila dia balik daripada kluar dakwah..1 syarikat butik telah minta izin guna singkatan nama dia JJ untuk pasarkan baju/kain..dan dia beri komisyen..1 lg syarikat rakaman tawarkan dia untuk buat album Naat (syair)..hasil daripada 2 pertolongan Allah ini..dapatlah dia selesaikan segala hutang saman pada bekas syarikat rakaman dan bekas pengurus dia...Dan sejak itu dia terus istiqomah dalam dakwah..

Cerita ini ada dlm CD, dan direkodkan oleh Junaid Jamshed sendiri sebagai pengakuan hijrah dia..

Selepas dengar cerita budak U Pakistan...aku mmg berkira kira dalam hati..teringin nak jumpa dia..Dan..
Allah Taala kabulkan semasa di Karachi & sebelum aku balik ke Malaysia dan menangguhkankan korban di jalan Allah aku...

Maulana Tariq Jamil ni memang sangat dikenali di Pakistan atas kefakehan dan kefasihan dalam agama..Aku pernah sekali dengar sepotong bayan beliau ketika di Raiveen, Pakistan..yg sampai kini masih terasa auranya...
"MATA YANG SELALU MELIHAT BUKAN MAHRAM, MANA MUNGKIN MATA YANG SAMA DAPAT LIHAT ALLAH DI AKHIRAT KELAK"..Allah..

1 comment:

  1. Kesian dekat dia sudah mati dalam kmalangan kapal terbang 😭😭. Saya orang Pakistan tetapi rakyat Malaysia, lahir di Malaysia dan blaajar di Malaysia. Saya ada impian untuk jumpa dia tapi dia meninggalkan kita dulu..... 😢😢

    ReplyDelete