Tuan..apa pendapat tuan tentang mereka yg tidak dtg bersolah jemaah!?? Soalan perangkap ni mmg sengaja (Astaghfirullah..) aku lontarkan ke ustaz ni..Sahabat se-qariah aku skadar senyum dan menanti jawapan drpada ustaz Hasbi yg berasal drpd Indonesia ni..Sejenak itu dia menjawab..saya amat menentang barangsiapa yg mengatakan solat berjemaah itu tidak wajib..itulah sunnah nabi SAW..bla bla bla.dia baca matan hadith dan tafsir..bla bla bla..baca ayat Quran dan tafsir...bla bla bla (sengaja aku bla bla-kan kalau x nanti panjang berjela entry nih..hehe)..Smua nas yg sohih drpd hadith & Quran yg dia baca tu...Lpas lima minit dia cramah tu..Soalan ke2 menyusul dari kami...Kalau begitu mengapa tuan tidak datang ke surau ketika azan dilaungkan!!? (Bukannya jauh punn dalam 200 meter drpd tempat kerja dia) Dgn muka sdikit klat tapi bersungguh dia menjawab.. Ssayyaa.. sbnarnya hati penuh kekesalan & kecewa terhadap diri saya kerna tidak hadir bersama...aku tengok sahabat aku bersungguh mnahan glak..Aku pulak cakap dlm hati ..(Aku tummbuuk juga muka kou ustazz--ckp versi sabah..hahahha) gram btul plak aku...sebenarnya puak ni mmg mcm ni..hanya dtg solat ke surau/masjid geng diaorg je...Dah la aku ber2 je usaha nak imarahkan surau tu..keje dia asyik kondem je..nk tolong jauhlah skali...Suboh, Zohor, Asar kami ber2 je yg Alhamdulillah istiqomah..kalau dia dtg boleh la jugak jadi imam!..ustaz yg mmg hafiz & a'lim walau baru 25 tahun ktika tu..Ustaz2 ni mmg kna muliakan tak kisah laa apa keadaan dia ye..Haishhh..
Jemaah dri Pakistan dtg 3 hari di tempat kami..Surau Batu 3, Kampung Karak Setia Jalan Karak, Karak, Pahang...kami bawa salah seorg penterjemah dlm jemaah tu, ustaz Othman..utk khususi ustaz Hasbi ni..Alhamdulillah..Ustaz Othman nasihatkan kami umtuk bawa ustaz Hasbi ke masjid Sri Petaling bertemu dgn Ustaz Hamid..
Setelah smua dirancang bergeraklah kami ke masjid Sri Petaling pada malam Rabu bulan Ramadhan tu(Aku, Sahabat qariah aku, Cgu Yusof(qariah berdekatan) & ustaz Hasbi sendiri) Spanjang perjalanan... ustaz Hasbi tu lbih banyak berdiam sambil sekali kala mulutnya mengulang perkataan pada apa yg didengar di headset ditelinganya..Pengamatan aku dia dngar dn mnghafal hadith melalui ceramah guru dia, Ustaz Abu Bakar Bashir..x pasti plak cramah pasal apa...tapi rasanya ada kaitan dengan usaha Jemaah Tabligh kot..sbb dia pernah bg aku dengar sekejap melalui handset Nokia sabun dia (hset yg terknal waktu tu)...Aturan Allah Taala..patutnya dah set nk jumpa ustaz Hamid lpas maghrib,,,tapi disbabkan penceramah sepatutnya tak dapat hadir..maka ustaz Hamid diberi tanggungjawab utk ceramah lpas maghrib plak..Kalau bagi tumpuan pada ustaz Hamid punya cramah malam tu mmg menjurus kearah menjawab serangan2 wahabi nih..Tapi ustaz Hasbi ni hidayat btol..org sbok dgr cramah..dia sbok merakam suasana dalam masjid tu dgn handset Nokia sabun dia tu...Sabar & ikram je laa...hehehe..
Lpas tarawih..Kelihatan ustaz Hamid menanti kami di kanan masjid belakang jam digital..Maka duduklah ustaz Hasbi dgn pnuh yakin berhadapan dgn ustaz Hamid stlah bersalam dan berdakap tanda meraikan...Ustaz Hamid dgn muka serius tapi lembut pn memulakan bicara..MasyAllah tuan..gembira tuan menziarahi kami..maka ada apa yang kami boleh bantu tuan...!? pertanyaan yg lembut dan bersahaja..Dgn sedikit snyuman ustaz Hasbi mula berbicara..Tuan..saya ingin bertanya beberapa soalan...Yaa..silakan tuan.. balas ustaz Hamid..Pertama..jemaah tuan mengamalkan khuruj fisabilillah 3 hari, 40 hari & 4 bulan..bisa saya bertanya dimanakah nas & dalil amalan2 tersebut..(hmm aku dah agak dah..mmg soalan ni lah puak ni slalu tanya..pastu nak nas & dalil yg shohih)..Tenang aje aku tngok muka ustaz Hamid..Sebelum itu izinkan sya bertanya tuan sbg awal menjawab pertanyaan tuan..Perlahan ustaz Hasbi mengaggukkan kepalanya...Tuan beljar hafiz dan a'lim di pesantren kan!? Skali lg dia menganggukkan kpalanya..Baik..boleh tuan bg satu nas /dalil nabi SAW perintah kita untuk mendirikan pesantren/madrasah!? (hahaha..(aku ktawa dlm hati je)..diam membatu aku tngok ustaz wahabi ni dlm dia mcm mncari cari jwapan balas...) Baik tidak mengapa...sambung ustaz Hamid..Tuan belajar pesantren ada waktu cuti kan..spt cuti idul fitri, idul adha atas kebiasaanya hari jumaat/bulan ramadhan? Skali lg mcm terpksa.. ustaz Hasbi menganggukkan kepala..Tuan bg satu nas/dalil nabi SAW bg tau bahawa belajar ilmu boleh cuti!?? (hahahahah..kena lg ustaz ni..serba salah aku tngok muka dia..hmm kesian pulak...sbb dia pun mcm slh seorg guru aku gak..sbb aku penah tanyakan masalah masail solah dgn dia..dan jawapan dia mmg btol laa..almaklumlah ikut nas/dalil shohih sahja..heheh)..Ustaz Hamid mula mnambah setelah tak de reaksi drpd ustaz Hasbi, agama dan usaha/bantuan pada agama adalah 2 perkara yg berbeza...agama tak boleh diubah..tapi usaha/bantuan untuk agama boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan & masa..Sbg contoh Azan! Kalimat azan tidak boleh diubah, tmbah atau kurang..tetapi cara nak azan..versi mcm2..skarg org guna mic je..(boleh krna keadaan masjid & luas kwsan pertempatan dll)...kalau zaman nabi SAW/sahabat Bilal naik atas bumbung masjid untuk azan..(Dgn kesempatan ni ustaz Hamid mnambah lg bab tahlil)...Juga contoh ttg tahlil..Bukannya agama..cuma satu usaha utk wujudkan suasana agama..atas sbb silatulrohim, zikir, merai tetamu dgn makanan..maka tiada masalh..asalkan perkara tu x diwajibkan..Jika satu kampung biasa buat tahlil..dan ada kematian dirumah kita..kita x buat..dan org kampung kata kita berdosa..maka di kampung tu tahlil adalah bidaah...
Macam tu juga usaha dakwah yg kami buat..tiada nas dalil secara khusus tetapi satu kaedah baiki diri untuk ummat hari ini..Mcm mana tuan blajar pesantren ada cuti..org belajar skolah universiti ada cuti semester 1 atau 2 yg dipanggil silibes atau kaedah pengurusan pembeljaran..Begitu juga kami dgn 3 hari, 40 hari & 4 bulan..skadar kaedah untuk memudahkan urusan pengurusan jamaah, cuti, kluarga dll..
Nabi SAW x pernah suruh buat skolah, universiti, madrasah, pesantren..tetapi dgn keadaan dunia hari ini...ini dibuat krana sngat penting mengeluarkan ulama'/ilmuan dgn kaedah ini..Panjang lbar hujah ustaz Hamid..(haishhh..kagum sungguh aku cara dia patahkan persoalan wahabi ni tanpa guna satu hadith & Quran pun...MasyAllah..)
Terdiam ustaz Hasbi tanpa mahu komen apa2...seketika dia bersuara..Tuan..saya kluar 3 hari 5 kali krana skadar mengkaji usaha ini..dan pernah juga berziarah di markas Tabligh di Jakarta..ternyata ulama'2nya berzikir menggunakan tasbih..apath lg ramai org dimasjid itu..sdangkan tiada nas dalil yg kukuh ttg penggunaan tasbih oleh nabi SAW!!?? Bila smp kat sini aku tngok muka ustaz Hamid ada sikit tension...tegas je dia jawab..Tuan..hari ini tujuan utama usaha agama ialah bawa org kembali pada Allah, mengingati Allah..Hari ini..Alhamdulillah..org2 yg dtg/didtgkan ke masjid mula belajar ingat pada Allah..tak kisah lah mereka guna tasbih ke..batu ke..tangan ke..skurang2nya mereka ada usaha dekat pada Allah...Tuan pula sbok fikir atas mereka..Di luar sana tuan...banyak lg yg ummat terkinja2 dlm keadaan lagho tidak ingat pd Allah..hanyut dgn dunia dan perhiasaannya..Ada tuan fikir utk mereka..!!?? dan apa tuan buat untuk mereka!!? (hahahah..dah kena sedas lg..adessss)
Ustaz Hasbi terdiam beberapa ketika..ketika dia cuba bertanya lg...Ustaz Hamid terus letak 2-2 tangannya atas lutut sblah kanan ustaz sambil berkata dgn sgt lembut..Tuan...maafkan saya..pertemuan kita spatutnya slpas maghrib tadi..skarang sya ada tmu janji dgn org lain..maafkan saya..Saya kesuntukkan masa..tapi tuan...kami tahu tuan sayang kepada agama..jika tidak tak akan tuan bg masa blajar agama dan dtg ke mari utk bertanya...Tuan musykil krana cinta tuan pada agama..x mahu agama ini dirosak2kan...begitu juga kami...kami buat perkara ini kerna sayang kami pada agama...kami bukan pandai seperti tuan..Jika tuan ingin..bersamalah kami dan ajarilah kami...terima kasih tuan..Assalamualaikum..bingkas ustaz Hamid bangun dan trus menuju ke pejabat madrasah..tercengang kejap ustaz Hasbi tu...Aku tengok keliling...Ehh! org2 kat masjid dah mula berkeliling kami rupanya...patutlah ustaz Hamid jadi x selesa...
Ustaz Hasbi on the way balik baru sbok nak jwb itu ini..agaknya lpas puas fikir cari idea masa kita org blanja makan tadi..heheheh..Selamba cgu Yusof ckp kat dia..patutnya ustaz jawab kat ustaz Hamid tadi..ckp dgn kitaorg wat ape..bukan kita yg tanya....hahahah..kna dah lg..Lpas peristiwa tu dgn aturan Allah Taala...serba tak kena urusan ustaz Hasbi ni..kerja dgn Persatuan Peladang..medical check up fail..handset yg ada video kat sri ptaling dan muzakarah dia dgn ustaz hamid hilang kna curi..aku ikram dia guna hndset aku kol kampung dia utk urusan dia balik..Sudahnya pulanglah dia ke kmpung dia dgn bawak fikir risau agama (insyAllah)...
Walaupun drpada pengalaman ni aku tahu hujah2 kpd geng Wahabi ni..x pernah pun aku guna lg walaupun ramai gak aku jumpa selepas ustaz Hasbi tu..Bg aku lbih baik mengalah, mengelak berdebat dulu....Lg pun paling penting aku blajar mcmmana bertenang semsa berdepan dgn org2 mcm ni..(Ketenangan ustaz Hamid) Smua syg agama..cuma cara usaha kekadang tak istimai'..hanya golongan tertentu bleh amal..Usaha agama kna mudahkan walau dia miskin, kaya, sakit, shat, buta, celik, org awam, ulama'..smua boleh buat usaha...Semoga Allah Taala plihara agama ini..Aaminnn..

No comments:
Post a Comment