Thursday, November 22, 2012

JUNAID JAMSHED - KISAH UMMAT

You are malaysian...Yes I am...with 2 brothers. We're going back to KL in 3 days time..Perbualan pertama aku dengan Junaid Jamshed..masyAllah memang teringin nak jumpa dia..dan akhirnya Allah jumpakan juga disini, Madni Masjid, Karachi, Pakistan (markas dakwah terbesar di Karachi)...My wife love malaysia..Once a month we will come to Malaysia for a visit...tambah Junaid Jamshed..Wah..that's nice..so have you been to Masjid Sri Petaling!?? Yes..of course..Very nice masjid..Hmmm..You now when i was there before..a brother brought me to visit Nazrey from Raihan group...Yeah..I knew that guy..a nasyid singer..aku mencelah. Yes..we have some talk..and i give some dakwah & ask him why he still using music instruments for his nasyid..it was Haram is islam...He try to not answer the question & said that 1 day he will stop using any instrument...Hahaha..that's good..kelakar pulak dengar reaksi Nazrey Raihan macam tu...
Lepas tu kami makan malam bersama..kerana fanatik ramai org Pakistan atas populariti Junaid Jamshed maka dia terpaksa diasingkan & dilayan khas..bukan apa nanti org2 awam tu berasak asak nak autograf atau bersalam dgn dia...begitu juga kami sebagai tetamu dari luar negara..di beri tempat iktikaf & makan yang khas...
Hmm..siapa Junaid Jamshed ni ye...!??

Masjid (lupa namanya dah), Sadiqabad, Punjab, Ogos 2007

Aku keluar jemaah selama 14 hari, bersama 5 lagi org Malaysia (1 KL 4 lg dari Sabah)..selebihnya org tempatan Pakistan..Jemaah kami ada 12 org..antaranya 2 org sahabat baik yg fasih berbahasa inggeris..bertindak sebagai penterjemah kami dlm jemaah tu..2 org ni pelajar universiti di daerah Multan, Pakistan. Agak rapat dengan aku sbb aku antara 2 yg slalu kena bayan/mutakalim sbab agak fasih gak berbahasa inggeris..Yg seorang ni cerita pada aku..dia dapat hidayat assebab 1 org yg bernama Junaid Jamshed..semasa Junaid Jamshed ni datang ke universiti dia untuk beri bayan...So, dia ceritalah siapa Junaid Jamshed ni..

Asalnya seorg penyanyi pop yg sangat terkenal di Pakistan, India, Bangladesh dan beberapa negara Arab..kat sini lebih kurang mcm Siti Nurhaliza atau Mawi laa..ketika di zaman kegemilangannya..hehe
So 1 hari kawan Junaid Jamshed ni pelawa dia untuk datang ke program bayan Maulana Tariq Jamil..Pada pertama kali dah ada kesan pada Junaid Jamshed sehingga dia akhirnya jadi peserta yg setia program bayan Maulana Tariq Jamil..Dia dapat bertemu dgn maulana menyatakan keinginan dia untuk berubah..maka maulana pun pelawa dia kluar 3 hari untuk permulaannya..3 hari ke2, ke3 dan kemudian kluar 40 hari..Dalam pada dia dah mula simpan janggut tetapi masih lagi dengan aktiviti menyanyi Pop sbab tak de kekuatan lagi utk berhenti menyanyi..lagi pun dia masih lg terikat dengan kontrak album dgn syarikat rakamannya..rata2 ketika itu peminat2 dia di benua Hindustan & Arab dah mula tertanya2 dgn perubahan dia..apatah lg pengurus peribadi Junaid Jamshed yg merupakan seorg wanita..
Satu ketika semasa nak buat 1 persembahan konsert road shownya di satu negara Arab..ketika di dalam bilik persalinan sebelum memulakan persembahan..pengurus dia..wanita itu..datang pada dia dan bg tau..Kalau kamu cukur jambang kamu sebelum konsert ni bermula, pihak  penganjur sanggup bayar sekali ganda daripada bayaran sebenar...So macammana..!? Fikirkan..ini peluang kita dapat bayaran lebih...lg pun imej kamu kini merosotkan sokongan peminat kepada kamu...Pujuk wanita sambil berlalu meninggalkan Junaid dalam keadaan serba salah...
Maka Junaid Jamshed ni ambil pisau cukur, duduk depan cermin sambil berperang dgn perasaan sendiri..nak cukur ke tak nak...Dan..antara sedar dan tidak,,tangan nya dengan rakus mencukur seluruh jambang dia...
Selesai cukur..Junaid Jamshed lihat muka di cermin, terpaku, termenung sambil menangis dan  bercakap sendirian..Ya Allah..apa yang aku dah buat ni...!??? Sambil menangis bersungguh beliau tinggalkan bilik persalinan dan konsertnya pada hari itu dibatalkan..sebab dia tak sedia & malu  untuk buat persembahan..

Dia pulang ke Pakistan dan terus bertemu dengan Maulana Tariq Jamil..meraung meminta maaf..(sbab dah beli dunia dengan akhiratnya-cukur janggut)..Maulana Tariq Jamil bg tau dia..Kenapa nak minta maaf dan menangis dengan saya..Kamu buat salah dengan Allah..jadi pergilah minta maaf dgn Dia..Akhirnya dia bertaubat..berazam keluar 4 bulan dan nekad tinggalkan terus dunia nyanyian...Dtglah ujian demi ujian pada Junaid Jamshed..Syarikat rakaman dan pengurusnya telah saman Junaid Jamshed berjuta ringgit..Beliau terus bersabar dan keluar 4 bulan dakwah..
Bila dia balik daripada kluar dakwah..1 syarikat butik telah minta izin guna singkatan nama dia JJ untuk pasarkan baju/kain..dan dia beri komisyen..1 lg syarikat rakaman tawarkan dia untuk buat album Naat (syair)..hasil daripada 2 pertolongan Allah ini..dapatlah dia selesaikan segala hutang saman pada bekas syarikat rakaman dan bekas pengurus dia...Dan sejak itu dia terus istiqomah dalam dakwah..

Cerita ini ada dlm CD, dan direkodkan oleh Junaid Jamshed sendiri sebagai pengakuan hijrah dia..

Selepas dengar cerita budak U Pakistan...aku mmg berkira kira dalam hati..teringin nak jumpa dia..Dan..
Allah Taala kabulkan semasa di Karachi & sebelum aku balik ke Malaysia dan menangguhkankan korban di jalan Allah aku...

Maulana Tariq Jamil ni memang sangat dikenali di Pakistan atas kefakehan dan kefasihan dalam agama..Aku pernah sekali dengar sepotong bayan beliau ketika di Raiveen, Pakistan..yg sampai kini masih terasa auranya...
"MATA YANG SELALU MELIHAT BUKAN MAHRAM, MANA MUNGKIN MATA YANG SAMA DAPAT LIHAT ALLAH DI AKHIRAT KELAK"..Allah..

Sunday, November 18, 2012

GAZA...JIHAD SEMANGAT ATAU TAAT..


 ANTARA PEPERANGAN SEBELUM PEMBUKAAN PALESTIN...
Adakah tentera2 tersebut membawa panji hitam? Dengan di ketuai oleh seorang agak tinggi, berbadan sasa, berdada bidang, berjanggut tebal dengan beberapa tanda dimukanya? Maka waspadalah kalian dalam menghadapinya…
Paderi Byzantine 633 selepas masehi

Ketahuilah wahai orang2 islam..kamu tak pernah melihat banyaknya tentera Rome sehingga apa yang akan kamu lihat sekarang..Jika Allah Taala mengalahkan mereka di tangan kamu..maka tiada apalah lagi yang boleh mengalahkan kamu. Maka bersabarlah di medan perang dan pertahankan iman kamu..Jangan kamu berpaling daripada musuh2 kamu. Jika tidak maka hukuman kamu adalah dalam api neraka Allah..Sentiasa berhati2 dan bersemangat pada kedudukan kamu dan jangan memulakan serangan sehingga aku memberi arahan..
(lebih kurang)Ucapan Khalid Al Walid ketika peperangan Ajnadain

Wahai kaum muslimin,
Inilah masa menguji kesabaran kamu…kelemahan dan ketakutan merupakan kehinaan dan hanya orang2 yang sabar yang layak mendapat bantuan Allah..Hanya mereka yg kekal berdiri berani menghadapi pedang2 musuh Allah akan dimuliakan..
Sentiasa berhati2 dan bersemangat pada kedudukan kamu. Lo!! Allah bersama orang2 yg sabar

(lebih kurang)Ucapan Khalid Al Walid ketika peperangan Yarmuk

Berada di medan perang lebih aku cintai daripada aku di rumah sendiri
(lebih kurang)…Khalid Al Walid

Alhamdulillah makin ramai orang islam menzahirkan keimanan mereka atas kekejaman Bani Israel dengan pelbagai cara..FB, banner, tunjuk perasaan, ceramah dll….Rata2 semua doa kehancuran Bani Israel Laknatullah..tapi kisah tak kita… sejauh mana kualiti doa kita? Kualiti doa setara dengan kualiti agama dalam diri kita..Doa dengan iman yg betol..bukan dengan semangat sehingga hilang sifat fikir ummat…Baru ni solat jumaat di 1 masjid di Shah Alam..khutbah yg penuh bersemangat agar orang islam
bersatu menentang musuh2 islam..tapi di akhir khutbah khatib mendoakan kehancuran Amerika…Berderau darah saya mendengarnya..pertamanya siapa yg ajar kita doa macam tu!???
Di Amerika tiada org islam ke!? Abg saya yg kuat islamnya sendiri menetap di Amerika..Seorang ustaz yg berilmu boleh jadi jahil assebab semangat yg tanpa fikir ummat…fikir nabi SAW!!!

Agama bukan sekadar semangat..agama ni cara hidup nabi SAW..Kalau lah sekadar like, share, post, doa tanpa ada keinginan & sedia korban utk tingkat kualiti agama dlm diri..maka smp bilapun x kan dapat menarik bantuan Allah..Berpuluh tahun berasa dipihak benar..beratus mungkin beribu ulama bersama kita..yg antaranya ada beribu2 pengikut tapi tetap batil tetap di atas…salah siapa…? Tetap kita salahkan mereka..Kita!?? Dah hebat sgt ke iman kita!? Kalau nak tinggal anak isteri, harta benda utk agama pun takut …dicemuh kaum keluarga, sahabat handai & org kampong!?? Atau..nak benarkan suami, anak dijalan Allah pun malu, takut suami, anak mati di jalanNya….!? Dah hebat ke sunnah nabi SAW kita!?? Kalau janggut pun malu nak simpan(kalau simpan pun, janggut ‘smart’..islam kena kemas!..yg konon dgn kekemasan kita tu kekuasaan dlm rumah sendiri pun x bleh takluk….Dgn serabai sahabat2 tu lah ¾ dunia bwah tapak kaki mereka)..Nak ltak kopiah atas kepala ke hulu ke hilir pun malu…. Nabi cakap pun x mau dengar..macammana Allah Taala nak dengar doa kita!??

Wa kana haqqon a’laina nasrul mukminin-Adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang BERIMAN..Surah ArRum ayat 47..
Allah kata tanggungjwab Allah bantu orang BERIMAN..bukan org sekadar islam..


Jihad!?? Mampukah kita yg sedang marah hentikan hunusan senjata didada seorang yahudi ketika dia meludah ke muka kita!?? Mampukah!?? Sahabat2 jihad membunuh kerana ALLAH bukan kerana marah… Lihat diri kita sendiri..x payah lihat orang lain..Hari masalah ummat x selesai sbab kita sebok sangat cari, tengok, menunding salah org lain shingga melupakan diri sendiri…

JIHAD YG PALING BESAR ADALAH JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU SENDIRI (auqamakolannabiyyin SAW)

Thursday, November 8, 2012

PROUD TO BE MUSLIM

*Attention all the ENGLISH TEACHER who might read this...please ignore all the tense error in this post..This was purposely done in 'malaysian broken english' version..Thanks..hehe =)

So bro are you ready for it!?? asked my partner..Along Shukri..Yup! boss..I replied to him..Actually we're going to visit our muslim frens around the village..This is our daily routine, normally during after Asar (at about 5.30pm)..So Hashim..I think today we start from that area..Along Shukri  giving his suggestion (while his finger pointing to the oil palm field across the street..ok..sure...I replied..(Hmm..that's lot foreign workers there, especially Indonesian..talking to myself) We reach at small house in the middle of the oil palm field... Assalamualaikum(peace upon you).... Waalaikumussalam (peace upon you too) answered by a man inside the house...In few seconds..A man with black trouser & white t shirt came out smiling...We knew this guy..How are you brother Dani!?..Yes..yes..fine thank you...Alhamdulillah(praises only to Allah)..As usual brother..we're doing routine practice visiting you as our muslim brother....Do your have other friends around here..asked Along Shukri..Yes..yes sure..they're at the back of that green house said Dani while looking at the house..
So three of us went there, and masyAllah there's about 15-20 brothers there..After brother Shukri done with his introduction..it's my turn to give some speech on Iman & amal..Allah was our Khaliq (the Creator) Allah was our Robb(the Sustainer), Allah was our Raziq (the Provider)..Look how Allah Taala create the sky without any single pillar..Look at the sun, we thought that the heat came from the sun...but when people climb the mountain they felt colder..actually they're nearer to the sun & they should become hotter....So the heat not came from the sun, but it comes from Allah Taala..Allah create our teeth & finger nails. They're both made with exactly same material..Calsium..But the finger nails keep growing long daily but not the teeth,,Why!? because they's kudrat(power) of Allah behind every His creations..Same goes to our eyes brow & our hair..both are physically & mentally same thing..But how Allah keep one growing(hair) & the other was not(eyes brow)...Imagine if our eyes brow or our teeth keep growing....Hahaha.(the brothers laughing when hearing this...)..Bla..bla..bla..(keep talking at about 5 minutes on Allah Taala & the messenger (Muhammad PBUH)..So brothers we will talk more on this after maghrib prayer today..So please..be free to come to the mosque..InsyAllah!! response the indonesian brothers simultaneously..So we excuse ourselves & went to other few houses & delayed(to next day) our activity at about 7pm..

AT ABOUT A MONTH LATER..
It's Sunday evening, we're doing our routine visiting our muslim brothers around the mosque..After visited 7th house & while walking back to the mosque..Suddenly, one indonesian brother stop us..He said...Oh brother..please help me..I'm very dirty with sins..please help me..Hmm..yes brother..why? hmm how we can help you..said brother Shukri..I want to be muslim..please help me..I have no religion..my mom is Christian..My dad has no religion too..I really want to be muslim..Could we know your name & why you want to be muslim!? I replied to him..Oh..my name is Harry..Remember about a month ago..you all came to my friends houses inside the oil palm field..!? I was there actually.. you're talking about the greatest God..From that time I felt islam was the best religion..I'm staying at rubber tree field about 3 hours from here..Sunday was the only day that I could come here buying some food & visit my friends..I'm looking for you all for this past month...said Harry..


Ok..then, let follow us to the mosque..said brother Shukri we will help you to be muslim..The guy look very happy with the promise...We asked him to have a bath at the mosque & give him a clean clothes to wear...After telling him the do's & dont's in islam..We taught him to recite Syahadah..So from now on your name will Muhammad Khairi..is it ok!? I asked him..Owh..ok..I like the name..Thanks brother..Thank you very much..We hug him with tears..Alhamdulillah Allah gave him hidayah(guidance) to be muslim..


May Allah accept him & give the best jannah(paradise) in akhirah(here after)..Aaminnnn
 

Monday, November 5, 2012

SYAHID YG DIMURAHKAN UNTUK HAMBA ALLAH TERPILIH

Kami ni asalnya jemaah yg sepatutnya buat usaha atas jemaah haji..ada 10 org, tapi hanya 3 je yg dapat visa..tinggallah kami bertujuh..Kami dimesyuaratkan semula dan diputus ke Ghana...Lapor amir sab (ketua jemaah) kepada aku sbg org tempatan yg nusrah...MasyAllah..Alhamdulillah amir sab..Allah hantar jemaah amir sab ke mari...balas aku meraikan..Kami dah bergerak 7 hari dah..jadi ini 3 hari terakhir sebelum flight ke Ghana isnin malam ni...tambah amir sab...Ok..Hashim kamu bawa Cgu Ali untuk khususi (jumpa/ziarah khusus utk org penting kampung) ketua kampung dan AJK surau...Aku menoleh dan lemparkan senyuman paling manis pada Cgu Ali..Cgu Ali pun mengangguk angguk sambil membalas senyuman..
Maka naiklah moto Chomel aku ke rumah tok 4..Assalamualaikum tok 4 ............Assalamualaikum..... Waalaikumussalam sayup suara tok 4 menjawab...Hahh..! Aok (awak)..! masok2..apa he(apa hal) dok tercegat lg tuhh...Hehehe..shatttt tok 4..aku menyapa sambil menyambar tangan yg dia hulur...Shat jee...Hahh..! ada jemaah di mana...trus tok 4 bertanya melihatkan bersama aku ada hmba Allah yg dia tak knal...Cgu Ali sengih je....Ni hah tok 4..Ni Cgu Ali org jerantut ase(asal) temerloh...Alhamdulillah..tok 4 kami ni satu jemaah mari dari KL..nak pegi Ghana isnin akan dtg nih...Cgu Ali memulakan bicara...Amboii..jauh bebeno nak pginya....balas tok 4...Teruslah Cgu Ali dakwah 6 sifat sahabat pada dia..aku ni terkejut la jugak...Biasanya aku bawa jemaah utk jumpa tok 4, diaorg bg laporan sket dan skadar maklum je pada tok 4..Tapi Cgu Ali ni lain macam plak..hehehe..
Jadi insyAllah lah tok 4, kerja agama ni kerja kita..sama2lah doa smoga Allah bg faham..sambil tu doalah sya syahid nanti..Haishh..apa doa mati plak..potong tok 4...Hahaha..x de laa mana tau ada rezeki nak syahid...riang je Cgu Ali menjawab risau tok 4 tu...hehehe..
Pastu aku bawak Cgu Ali jumpa setiausaha surau, Haji Shukor..lpas tu jumpa abg Mie.. tokey kdai nasi lemak ni bekas anak murid Cgu Ali...smua yg dia jumpa..dia mintak doakan dia syahid..Aku mcm dah biasa gak laaa kalau org buat usaha agama ni minta doa macam tu...lagi2 yg dah berumur...
Hari tu hari Khamis..jadi kat surau ada tahlil mcm biasa...Mula2 haji Shukor beria sgt minta Cgu Ali bawak tahlil tu..tapi Cgu Ali menolak sbg menghormati imam surau tu...tapi bila masuk part doa, imam & haji Shukor minta Cgu Ali doa..jadi dah tak boleh tolak dah...Doa tahlil hari tu Cgu Ali yg bacanya...
Khamis, Jumaat & Sabtu..3 hari aku bersama dia..mmg agak rapatlah..susah nak lupa muka dia yg pnuh nurr tu..masyAllah...
Hari Ahad pagi..2 kereta dari Jerantut dtg ke surau aku nak hantar Cgu Ali dan jemaahnya ke Masjid Seri Petaling..sebelum berangkat ke Ghana malam tu pukul 2 pagi...Maulana Johari pun ada...Seblum berpisah Cgu Ali peluk aku erat2 sambil menangis dan mcm hari2 sebelumnya..minta doakan dia syahid...Doa laaa sya syahid Shimmm,,,,kali ni agak bergetar suara dia...Aku yg dalam hati ini ada taman ni apa lg...menitik lah airmata...Doa saya kluar 4 bulan tambah korban cgu...balas aku...Aaminn...Aaminn ..Cgu Ali mendoakan...
Kereta2 mula bergerak meninggalkan kami....Hmmm..Ya Allah bila la aku nak kluar negara jauh ni...cetus hati aku...

Shimm..nko tau crite tak!??? Hah!? Cite apa? Pelik aku Along Shukri (rakan seusaha qariah) tetiba tanya...Syed Ali..err Cgu Ali dah meninggal di Ghana malam tadi...Cgu Ali dah syahid...MasyAllah..AllahuAkbar...Allah terima doa dia...Ya Allah..berpinar mata aku kejap...wajah nur Cgu Ali silih berganti melintas dalam fikiran aku...Org markas bg tau tadi..tambah along Shukri melihatkan aku yg terdiam keliru....


Laporan yg aku dengar, Jemaah tu telah islamkan lbih 2 ribu org Ghana..Cgu Ali syahid asbab malaria.. bayan terakhir dia adalah tentang syurga..Dan yg aku paling tak boleh aku lupa.......... aku lah rahaba (penunjuk jalan) terakhir dia di bumi Malaysia ni..sebelum dia ke Ghana...
Ya Allahhhh.....

Semoga Allah Taala terima korban Cgu Ali dan letakkan dia dikalangan para syuhada..Aaminn..


Dan juga untuk imam dan org2 surau batu 4, kampung karak setia yg dah kembali jumpa Allah...ustaz Sharif..Pak Cu Syukor(Haji Syukor)..Pak Ngah Sahak, Abg Toi, hj Dollah, tok guru Che Kob, Pak cik Ibrahim dan lain2..yg rapat dgn aku..semoga Allah limpahkan rahmat atas roh mereka..Aaminn.


Saturday, October 20, 2012

SAYANG AGAMA & USAHA ATAS AGAMA

Tuan..apa pendapat tuan tentang mereka yg tidak dtg bersolah jemaah!?? Soalan perangkap ni mmg sengaja (Astaghfirullah..) aku lontarkan ke ustaz ni..Sahabat se-qariah aku skadar senyum dan menanti jawapan drpada ustaz Hasbi yg berasal drpd Indonesia ni..Sejenak itu dia menjawab..saya amat menentang barangsiapa yg mengatakan solat berjemaah itu tidak wajib..itulah sunnah nabi SAW..bla bla bla.dia baca matan hadith dan tafsir..bla bla bla..baca ayat Quran dan tafsir...bla bla bla (sengaja aku bla bla-kan kalau x nanti panjang berjela entry nih..hehe)..Smua nas yg sohih drpd hadith & Quran yg dia baca tu...
Lpas lima minit dia cramah tu..Soalan ke2 menyusul dari kami...Kalau begitu mengapa tuan tidak datang ke surau ketika azan dilaungkan!!? (Bukannya jauh punn dalam 200 meter drpd tempat kerja dia) Dgn muka sdikit klat tapi bersungguh dia menjawab.. Ssayyaa.. sbnarnya  hati penuh kekesalan & kecewa terhadap diri saya kerna tidak hadir bersama...aku tengok sahabat aku bersungguh mnahan glak..Aku pulak cakap dlm hati ..(Aku tummbuuk juga muka kou ustazz--ckp versi sabah..hahahha) gram btul plak aku...sebenarnya puak ni mmg mcm ni..hanya dtg solat ke surau/masjid geng diaorg je...Dah la aku ber2 je usaha nak imarahkan surau tu..keje dia asyik kondem je..nk tolong jauhlah skali...Suboh, Zohor, Asar kami ber2 je yg Alhamdulillah istiqomah..kalau dia dtg boleh la jugak jadi imam!..ustaz yg mmg hafiz & a'lim walau baru 25 tahun ktika tu..Ustaz2 ni mmg kna muliakan tak kisah laa apa keadaan dia ye..Haishhh..
Jemaah dri Pakistan dtg 3 hari di tempat kami..Surau Batu 3, Kampung Karak Setia Jalan Karak, Karak, Pahang...kami bawa salah seorg penterjemah dlm jemaah tu, ustaz Othman..utk khususi ustaz Hasbi ni..Alhamdulillah..Ustaz Othman nasihatkan kami umtuk bawa ustaz Hasbi ke masjid Sri Petaling bertemu dgn Ustaz Hamid..
Setelah smua dirancang bergeraklah kami ke masjid Sri Petaling pada malam Rabu bulan Ramadhan tu(Aku, Sahabat qariah aku, Cgu Yusof(qariah berdekatan) & ustaz Hasbi sendiri) Spanjang perjalanan... ustaz Hasbi tu lbih banyak  berdiam sambil sekali kala mulutnya mengulang perkataan pada apa yg didengar di headset ditelinganya..Pengamatan aku dia dngar dn mnghafal hadith melalui ceramah guru dia, Ustaz Abu Bakar Bashir..x pasti plak cramah pasal apa...tapi rasanya ada kaitan dengan usaha Jemaah Tabligh kot..sbb dia pernah bg aku dengar sekejap melalui handset Nokia sabun dia (hset yg terknal waktu tu)...
Aturan Allah Taala..patutnya dah set nk jumpa ustaz Hamid lpas maghrib,,,tapi disbabkan penceramah sepatutnya tak dapat hadir..maka ustaz Hamid diberi tanggungjawab utk ceramah lpas maghrib plak..Kalau bagi tumpuan pada ustaz Hamid punya cramah malam tu mmg menjurus kearah menjawab serangan2 wahabi nih..Tapi ustaz Hasbi ni hidayat btol..org sbok dgr cramah..dia sbok merakam suasana dalam masjid tu dgn handset Nokia sabun dia tu...Sabar & ikram je laa...hehehe..

Lpas tarawih..Kelihatan ustaz Hamid menanti kami di kanan masjid belakang jam digital..Maka duduklah ustaz Hasbi dgn pnuh yakin berhadapan dgn ustaz Hamid stlah bersalam dan berdakap tanda meraikan...Ustaz Hamid dgn muka serius tapi lembut pn memulakan bicara..MasyAllah tuan..gembira tuan menziarahi kami..maka ada apa yang kami boleh bantu tuan...!? pertanyaan yg lembut dan bersahaja..Dgn sedikit snyuman ustaz Hasbi mula berbicara..Tuan..saya ingin bertanya beberapa soalan...Yaa..silakan tuan.. balas ustaz Hamid..Pertama..jemaah tuan mengamalkan khuruj fisabilillah 3 hari, 40 hari & 4 bulan..bisa saya bertanya dimanakah nas & dalil amalan2 tersebut..(hmm aku dah agak dah..mmg soalan ni lah puak ni slalu tanya..pastu nak nas & dalil yg shohih)..Tenang aje aku tngok muka ustaz Hamid..Sebelum itu izinkan sya bertanya tuan sbg awal menjawab pertanyaan tuan..Perlahan ustaz Hasbi mengaggukkan kepalanya...Tuan beljar hafiz dan a'lim di pesantren kan!? Skali lg dia menganggukkan kpalanya..Baik..boleh tuan bg satu nas /dalil nabi SAW perintah kita untuk mendirikan pesantren/madrasah!? (hahaha..(aku ktawa dlm hati je)..diam membatu aku tngok ustaz wahabi ni dlm dia mcm mncari cari jwapan balas...) Baik tidak mengapa...sambung ustaz Hamid..Tuan belajar pesantren ada waktu cuti kan..spt cuti idul fitri, idul adha atas kebiasaanya hari jumaat/bulan ramadhan? Skali lg mcm terpksa.. ustaz Hasbi menganggukkan kepala..Tuan bg satu nas/dalil nabi SAW bg tau bahawa belajar ilmu boleh cuti!?? (hahahahah..kena lg ustaz ni..serba salah aku tngok muka dia..hmm kesian pulak...sbb dia pun mcm slh seorg guru aku gak..sbb aku penah tanyakan masalah masail solah dgn dia..dan jawapan dia mmg btol laa..almaklumlah ikut nas/dalil shohih sahja..heheh)..

Ustaz Hamid mula mnambah setelah tak de reaksi drpd ustaz Hasbi, agama dan usaha/bantuan pada agama adalah 2 perkara yg berbeza...agama tak boleh diubah..tapi usaha/bantuan untuk agama boleh berubah mengikut kesesuaian keadaan & masa..Sbg contoh Azan! Kalimat azan tidak boleh diubah, tmbah atau kurang..tetapi cara nak azan..versi mcm2..skarg org guna mic je..(boleh krna keadaan masjid & luas kwsan pertempatan dll)...kalau zaman nabi SAW/sahabat Bilal naik atas bumbung masjid untuk azan..(Dgn kesempatan ni ustaz Hamid mnambah lg bab tahlil)...Juga contoh ttg tahlil..Bukannya agama..cuma satu usaha utk wujudkan suasana agama..atas sbb silatulrohim, zikir, merai tetamu dgn makanan..maka tiada masalh..asalkan perkara tu x diwajibkan..Jika satu kampung biasa buat tahlil..dan ada kematian dirumah kita..kita x buat..dan org kampung kata kita berdosa..maka di kampung tu tahlil adalah bidaah...
Macam tu juga usaha dakwah yg kami buat..tiada nas dalil secara khusus tetapi satu kaedah baiki diri untuk ummat hari ini..Mcm mana tuan blajar pesantren ada cuti..org belajar skolah universiti ada cuti semester 1 atau 2 yg dipanggil silibes atau kaedah pengurusan pembeljaran..Begitu juga kami dgn 3 hari, 40 hari & 4 bulan..skadar kaedah untuk memudahkan urusan pengurusan jamaah, cuti, kluarga dll..
Nabi SAW x pernah suruh buat skolah, universiti, madrasah, pesantren..tetapi dgn keadaan dunia hari ini...ini dibuat krana sngat penting mengeluarkan ulama'/ilmuan dgn kaedah ini..Panjang lbar hujah ustaz Hamid..(haishhh..kagum sungguh aku cara dia patahkan persoalan wahabi ni tanpa guna satu hadith & Quran pun...MasyAllah..)
Terdiam ustaz Hasbi tanpa mahu komen apa2...seketika dia bersuara..Tuan..saya kluar 3 hari 5 kali krana skadar mengkaji usaha ini..dan pernah juga berziarah di markas Tabligh di Jakarta..ternyata ulama'2nya berzikir menggunakan tasbih..apath lg ramai org dimasjid itu..sdangkan tiada nas dalil yg kukuh ttg penggunaan tasbih oleh nabi SAW!!??  Bila smp kat sini aku tngok muka ustaz Hamid ada sikit tension...tegas je dia jawab..Tuan..hari ini tujuan utama usaha agama ialah bawa org kembali pada Allah, mengingati Allah..Hari ini..Alhamdulillah..org2 yg dtg/didtgkan ke masjid mula belajar ingat pada Allah..tak kisah lah mereka guna tasbih ke..batu ke..tangan ke..skurang2nya mereka ada usaha dekat pada Allah...Tuan pula sbok fikir atas mereka..Di luar sana tuan...banyak lg yg ummat terkinja2 dlm keadaan lagho tidak ingat pd Allah..hanyut dgn dunia dan perhiasaannya..Ada tuan fikir utk mereka..!!?? dan apa tuan buat untuk mereka!!? (hahahah..dah kena sedas lg..adessss) 

Ustaz Hasbi terdiam beberapa ketika..ketika dia cuba bertanya lg...Ustaz Hamid terus letak 2-2 tangannya atas lutut sblah kanan ustaz sambil berkata dgn sgt lembut..Tuan...maafkan saya..pertemuan kita spatutnya slpas maghrib tadi..skarang sya ada tmu janji dgn org lain..maafkan saya..Saya kesuntukkan masa..tapi tuan...kami tahu tuan sayang kepada agama..jika tidak tak akan tuan bg masa blajar agama dan dtg ke mari utk bertanya...Tuan musykil krana cinta tuan pada agama..x mahu agama ini dirosak2kan...begitu juga kami...kami buat perkara ini kerna sayang kami pada agama...kami bukan pandai seperti tuan..Jika tuan ingin..bersamalah kami dan ajarilah kami...terima kasih tuan..Assalamualaikum..bingkas ustaz Hamid bangun dan trus menuju ke pejabat madrasah..tercengang kejap ustaz Hasbi tu...Aku tengok keliling...Ehh! org2 kat masjid dah mula berkeliling kami rupanya...patutlah ustaz Hamid jadi x selesa...
Ustaz Hasbi on the way balik baru sbok nak jwb itu ini..agaknya lpas puas fikir cari idea masa kita org blanja makan tadi..heheheh..Selamba cgu Yusof ckp kat dia..patutnya ustaz jawab kat ustaz Hamid tadi..ckp dgn kitaorg wat ape..bukan kita yg tanya....hahahah..kna dah lg..

Lpas peristiwa tu dgn aturan Allah Taala...serba tak kena urusan ustaz Hasbi ni..kerja dgn Persatuan Peladang..medical check up fail..handset yg ada video kat sri ptaling dan muzakarah dia dgn ustaz hamid hilang kna curi..aku ikram dia guna hndset aku kol kampung dia utk urusan dia balik..Sudahnya pulanglah dia ke kmpung dia dgn bawak fikir risau agama (insyAllah)...

Walaupun drpada pengalaman ni aku tahu hujah2 kpd geng Wahabi ni..x pernah pun aku guna lg walaupun ramai gak aku jumpa selepas ustaz Hasbi tu..Bg aku lbih baik mengalah, mengelak berdebat dulu....Lg pun paling penting aku blajar mcmmana bertenang semsa berdepan dgn org2 mcm ni..(Ketenangan ustaz Hamid) Smua syg agama..cuma cara usaha kekadang tak istimai'..hanya golongan tertentu bleh amal..Usaha agama kna mudahkan walau dia miskin, kaya, sakit, shat, buta, celik, org awam, ulama'..smua boleh buat usaha...Semoga Allah Taala plihara agama ini..Aaminnn..

Friday, October 19, 2012

UMMI & BABY...

Bang..Jap!..(Wife tetiba kluar drpd bilik doktor sebuah klinik bersalin di Shah Alam)..Doktor nak jumpa..!Bingkas aku dukong dan pimpin anak2 aku ke bilik doktor..Assalammualaikum..sapaku dengan lembut..Waalaikumussalam..jawab doktor pompuan yang aku kira umo dalam 40an...Duduk En Hashim..Printah doktor itu dgn senyuman...Hmmm isteri awak ni kurang sel darah merah..Talesemia..saya dah check darah mmg kurang bacaannya baru 8 je..Mmg kna injection atau makan ubat ni..kalau darah dia x ok..mmg kita x boleh trima bersalin di sini..(Hmm..ligat kepala aku berfikir..kalau tak krana kasihankan wife aku yg merayu utk bersalin di klinik swasta ni...mmg aku x dtg..haisssh)..klinik kerajaan ni terlalu mendesak..yg paling aku bengang diaorg marah wife aku sbb bersalin tiap2 tahun..krana dah x tahan asyik kna marah..tu yg wife aku nak bersalin swasta utk anak ke5 ni..Mmg ksian wife aku ni..dah la sakit..kna marah lak tu...) Isteri awak ni bersalin dekat2 sangat ni..(kata2 doktor tu meragut lamunan aku tadi..) Awak tak merancang ke!?? Ada! sya ikhtiar gak..Tapi Allah dah nak bg rezeki nak buat macam mana kan!!? (hehehe..aku kira statement aku ni mmg titik noktah lah pda soalan doktor ni..yg aku dgr crita isteri seorng terkenal agamanya)..Hmmm..awak salah teknik kott..(cis..boleh dia menjawab lagi...jawapan dia mmg buat aku menyirap..Apa!!?? kalau teknik btol takdir Allah boleh ubah ke!!?? Eh..Suka ati akulaa nak anak sekali setaun ke 2 kali setaun ke...bukannya aku mnta duit nko bg diaorg mkan!!! jerkah aku..tapi dlm hati je.la.hehehe...Bukan apa ,silap sikit kang kopiah janggut jubah aku gak yg disalahkan..So aku just cool je walau ada sdikit reaksi pada wajah aku dgn jawapan x de insuran tu) ok..tak pe laa..Awak kna bawa isteri check di klinik kerajaan juga..kalau darah ok baru boleh bersalin di sini..(jawab doktor yg aku rasa dia prasan dgn ketidaksenangan aku pada jawapan dia tdi)...Muka wife aku dah hilang serinye kjap..Aku tau dia kecewa sgt..Nanti pasti dia kna inject kat punggung tiap 3 hari..Jarum dia besarlaa bang..sakit sgt smp lebam kulit..(wife aku bg tau pengalaman dia dulu) Allah..kesiannya wife aku ni..Hmm nak buat mcm mana..dah x de pilihan..
Tapi sudahnya wife aku pgi inject skali je..Lpas tu dia minta izin utk x pergi appointment inject yg seterusnya tu...Dgn wajah penuh keperihatinan aku ok je..Puaslah kna marah dgn dgn nurse kampung tu...banyak gak nasihat2 merosakkan iman yg aku dapatt...heheh..Wife aku plak smp senyap duk dlm rumah bila sesekali nurse tu dtg nak menyiasat..knapa budak ni dah x dtg inject..haha..Smp anak aku yg setaun 4 bulan pun pndai..asal aku nk pgi keje je..dia ckp kat aku...Abi! nanti abi jgn lupa kunci pagar ye..nanti nurse dtg nak cucuk ummi..Siann ummi...haha..Pandai wife aku racun anak2...Tapi mmg aku sdar nurse2 ni niatnya baik sbanrnya..berkadar dgn kefahaman iman yg ada pada diaorg..diaorg cuma nak baby dan ibu shat dapt bersalin dgn selamat...Cumanya cara tu kekdg agak keterlaluan...x de hikmah langsung..Yg slalu kna wife aku..kalau aku tu.. x pe la jugak..Haissssh..


Akhirnyaaa..kelmarin kluar gak baby girl ke2 aku..Walaupun ada masalh sket shingga diletak di wad kanak2..Alhamdulillah dapat gak aku buat azan, iqomah dan tahnik..Nurse & doktor kat situ pun faham apa yg aku buat..Satu nurse tu tanya bila aku nak bg air..Air Zam zam ke tu...aku jawap ..Ye..sambil senyum...Dia pun senyum gak..hehehe..Adek! slamat dtg ke dunia pnuh fitnah ni dek! tapi.. di dunia yg sama ini juga dihantar 124 ribu nabi/rasul sebagai medan untuk membina akhirat..Semoga Allah Taala pelihara adek drpd fitnah dunia dan dajjal..Dan kembali pada Allah dlm keredhaanNYA...Aaminnn

Thursday, October 18, 2012

Misi Lembah Uranah....

 Allahh..itu saja yang bisa saya hafal..(Bergenang mata pak Supriyono..saat mengucapkan kata2 tu..jelas terpancar kekesalan diwajahnya..Baru selesai beliau berhalqah Quran dgn aku..Fatihah, Al Ikhlas, Al Falaq dan An-nas..nmpaknya setakat tu je yg dia hafal) Hmm..tidak mengapa pak..yang penting kita terus belajar..Sya ada teman yg tidak pernah knal satu huruf Al-Quran pun..Tapi kerna kesungguhannya slpas khuruj 4 bulan sudah bisa jadi hafiz..MasyAllah..Satu saat seolah saya lbih baik drpd dia..tapi sekarang nyata dia lbih baik drpd saya..Bapak pun bisa..Tiada yg mustahil dgn rahmat Allah pak..(terpancar sedikit senyuman bersama harapan diwajahnya dgn komentar aku..ternyata dia memahami niat aku utk memadam rasa rendah hati dirinya...) 
Iyya..sya dulu pernah belajar ngaji..tapi sewaktu kecil...Bila saya sibuk dengan dunia filem..saya hanyut dengan kemewahan..Sya fikir dengan bersedekah setahun sekali di pesantren sudah cukup amal yg besar bg saya..Allahh..(aku skadar diam dan menanti cerita seterusnya...)Tapi..sedang saya di satu pesantren..2 org pelajar melalui hampir saya sambil berbual rancak..ketika itu terdengar perkataan 'dajjal' yg jelas di telinga saya..Perkataan ini seolah melekat terus di fikiran & hati saya..Di kantor saya mencari cari di internet..apa itu dajjal..dan disitu bermulalah..kerisauan tentang agama saya..
Saya mimpi melihat Rosulullah SAW berpakaian merah hati(maroon) di ats kuda dgn hanya tampak pipi beliau yg putih berseri..kemudian saya mimpi ttg suasana yg smua org berserban berjanggut..ada berjalan..ada yg berlari2..sehingga seorg drpd mereka dtg kpd saya dan berkata...Jaulah! Jaulah..! Penasaran saya memikirkan apa kaitan 'ronda' dgn agama..puas saya tanyakan kiyai2 disekitar kawasan saya tentang kaitan ini..Sehingga satu jemaah dakwah dari India hadir kerumah saya utk ziarah..sebelum mereka bersuara lantas sya terus tanyakan kemusykilan saya..Seorg drpd makmum jemaah seorg ustaz menjawab persoalan saya dgn mudah..MasyAllah..di situ bermula cinta saya kepada kerja Nabi SAW ini..Allahu Akbar..(Menitis airmata pak Supriyono sesudah menghabiskan ceritanya)..Blum smpat aku nak cakap sesuatu..Org tempatan di Soehara, Uttra Pradesh ni..dah dtg jerit..Kana! Kana Bhai!..(Hmm nak suruh makan la tu..hehe)
Itu kali pertama tengok pak Supriyono menangis..Kali kedua di Bhiwandi, Mumbai masa dengar aku terjemah targhib org tempatan di sana..Dia cakap Inggeris so disbabkan aku je sorang (drpd 12 org dlm jemaah) yg boleh faham..maka Allah pilihla aku jadi tukang terjemah..(aku x minat sgt sbnarnya..sbb asyik kna cakap je..lg pun ustaz2 psan kita kna banyak dengar drpd bercakap..hmm tapi x pe laa..ni kira tanggungjawablaa..)
So kisah targhib pasal :
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah melakukan ibadah Haji yang terakhir pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah yang juga berlakunya peristiwa Haji Wida’ di Lembah Uranah, Bukit Arafah
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyampaikan khutbah atau amanat terakhirnya di hadapan sekumpulan besar kaum Muslimin yang kandungannya penuh dengan nilai akhlak dan persaudaraan. Seharusnya kita yang mengaku menyayangi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, mengambil peringatan dan sekaligus mengamalkan pesanan istimewa Baginda tersebut.
.
Amanat penting yang terangkum dalam khutbah perpisahan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah seperti berikut:
.
Rasululah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda; “Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan!!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
  • Wahai manusia sekalian! Sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
  • Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
  • Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Sesungguhnya syaitan itu masih terus berusaha (untuk mengganggu kamu) dengan cara yang lain. Syaitan akan puas jika kamu sekalian melakukan perbuatan tercela. Oleh kerana itu hendaklah kamu menjaga agamamu dengan baik.
  • Takutlah kepada Allah SWT dalam bersikap kepada wanita, kerana kamu telah mengambil mereka (menjadi isteri) dengan amanah Allah dan kehormatan mereka dihalalkan bagi kamu sekalian.
  • Wahai manusia sekalian! Sebagaimana kamu mempunyai hak (kewajipan) atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai kewajipan atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan kewajipan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
  • Layanilah wanita-wanita (hamba) kamu dengan baik! Berikanlah makan kepada mereka dengan apa yang kamu makan dan berikanlah pakaian kepada mereka dengan pakaian yang kamu pakai dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Jika mereka melakukan suatu kesalahan yang tidak boleh kamu maafkan, maka pulangkanlah hamba tersebut dan janganlah kamu menyeksa mereka.
  • Wahai manusia sekalian! Dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
  • Ketahuilah kamu sekalian, bahawa setiap Muslim itu adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh. Oleh sebab itu janganlah kamu menganiaya diri kamu sendiri.
Ya Allah, sudahkah aku menyampaikan mesej ini kepada mereka?
  • Ingatlah bahawa kamu akan menemui dan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
  • Wahai manusia sekalian! Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
  • Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan apa yang aku tinggalkan itu dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
  • Hendaklah orang-orang yang hadir mendengar ucapanku ini menyampaikannya kepada orang lain yang tidak hadir dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitulah seterusnya. Mungkin nanti orang yang mendengar berita tentang khutbah ini lebih memahami kata-kataku ini dari kamu yang mendengar terus dariku pada hari ini.
.
Kalau kamu semua nanti akan ditanya tentang kau, maka apakah yang akan kamu katakan?
Semua yang hadir menjawab, “Kami bersaksi bahawa engkau telah menyampaikan tentang kerasulanmu, engkau telah menyampaikan amanah, dan telah memberikan nasihat.”
Sambil menunjuk ke langit, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kemudian bersabda; Saksikanlah Ya Allah! Bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
. 
Sahabat2 telah laksanakan janji & tanggungjawab mereka..sekarang tanggungjawab ni terletak pada bahu kita hari ni yg diberi sedikit kefahaman ttg usaha atas agama..Di akhirat kita semua ummat Nabi SAW akan dikumpulkan kembali dilembah yang sama..dan akan ditanya ttg tanggungjawab kerja ni..Nak jawab apa!??? nak tipu !?? nak daleh?? Nabi SAW telah angkat Allah Taala sendiri sbg saksi...Apa nak jawab dengan Allah nanti..Ya Allah..berpinar pinar mata aku bila sampai part ni...masa yg sama terhambur tangisan yg sangat2 sayu drpd pak Supriyono..11 org ahli jemaah yg sbuk mencatat dari tadi duk terpinga pinga...(Salah aku la tu..terjemah pun setakat sendiri faham..Allah..maafkan aku..)..Dan aku pun duk menangis sekali..tersenyap org tempatan pen-targhib tu tengok kami... Dan kalau aku ingat balik suasana ni mmg airmata aku sbok nak kuar drpd mata ni...aku rasa nak bg terus je seluruh hidup utuk agama..
Ya Allah semoga Engkau pelihara agama dan usaha agama dalam diri kami dan jadikan Pak Supriyono dan kami di kalangan para huffaz..Aaminnnn




.
.