GAZA...JIHAD SEMANGAT ATAU TAAT..
ANTARA PEPERANGAN SEBELUM PEMBUKAAN PALESTIN...

Adakah tentera2 tersebut membawa panji hitam? Dengan di ketuai oleh
seorang agak tinggi, berbadan sasa, berdada bidang, berjanggut tebal
dengan beberapa tanda dimukanya? Maka waspadalah kalian dalam
menghadapinya…
Paderi Byzantine 633 selepas masehi
Ketahuilah wahai orang2 islam..kamu tak pernah melihat banyaknya tentera
Rome sehingga apa yang akan kamu lihat sekarang..Jika Allah Taala
mengalahkan mereka di tangan kamu..maka tiada apalah lagi yang boleh
mengalahkan kamu. Maka bersabarlah di medan perang dan pertahankan iman
kamu..Jangan kamu berpaling daripada musuh2 kamu. Jika tidak maka
hukuman kamu adalah dalam api neraka Allah..Sentiasa berhati2 dan
bersemangat pada kedudukan kamu dan jangan memulakan serangan sehingga
aku memberi arahan..
(lebih kurang)Ucapan Khalid Al Walid ketika peperangan Ajnadain
Wahai kaum muslimin,
Inilah masa menguji kesabaran kamu…kelemahan dan ketakutan merupakan
kehinaan dan hanya orang2 yang sabar yang layak mendapat bantuan
Allah..Hanya mereka yg kekal berdiri berani menghadapi pedang2 musuh
Allah akan dimuliakan..
Sentiasa berhati2 dan bersemangat pada kedudukan kamu. Lo!! Allah bersama orang2 yg sabar
(lebih kurang)Ucapan Khalid Al Walid ketika peperangan Yarmuk
Berada di medan perang lebih aku cintai daripada aku di rumah sendiri
(lebih kurang)…Khalid Al Walid
Alhamdulillah makin ramai orang islam menzahirkan keimanan mereka atas
kekejaman Bani Israel dengan pelbagai cara..FB, banner, tunjuk perasaan,
ceramah dll….Rata2 semua doa kehancuran Bani Israel Laknatullah..tapi
kisah tak kita… sejauh mana kualiti doa kita? Kualiti doa setara dengan
kualiti agama dalam diri kita..Doa dengan iman yg betol..bukan dengan
semangat sehingga hilang sifat fikir ummat…Baru ni solat jumaat di 1
masjid di Shah Alam..khutbah yg penuh bersemangat agar orang islam

bersatu menentang musuh2 islam..tapi di akhir khutbah khatib mendoakan
kehancuran Amerika…Berderau darah saya mendengarnya..pertamanya siapa yg
ajar kita doa macam tu!???
Di Amerika tiada org islam ke!? Abg
saya yg kuat islamnya sendiri menetap di Amerika..Seorang ustaz yg
berilmu boleh jadi jahil assebab semangat yg tanpa fikir ummat…fikir
nabi SAW!!!
Agama bukan sekadar semangat..agama ni cara hidup
nabi SAW..Kalau lah sekadar like, share, post, doa tanpa ada keinginan
& sedia korban utk tingkat kualiti agama dlm diri..maka smp bilapun x
kan dapat menarik bantuan Allah..Berpuluh tahun berasa dipihak
benar..beratus mungkin beribu ulama bersama kita..yg antaranya ada
beribu2 pengikut tapi tetap batil tetap di atas…salah siapa…? Tetap kita
salahkan mereka..Kita!?? Dah hebat sgt ke iman kita!? Kalau nak tinggal
anak isteri, harta benda utk agama pun takut …dicemuh kaum keluarga,
sahabat handai & org kampong!?? Atau..nak benarkan suami, anak
dijalan Allah pun malu, takut suami, anak mati di jalanNya….!? Dah hebat
ke sunnah nabi SAW kita!?? Kalau janggut pun malu nak simpan(kalau
simpan pun, janggut ‘smart’..islam kena kemas!..yg konon dgn kekemasan
kita tu kekuasaan dlm rumah sendiri pun x bleh takluk….Dgn serabai
sahabat2 tu lah ¾ dunia bwah tapak kaki mereka)..Nak ltak kopiah atas
kepala ke hulu ke hilir pun malu…. Nabi cakap pun x mau
dengar..macammana Allah Taala nak dengar doa kita!??
Wa kana haqqon a’laina nasrul mukminin-Adalah menjadi tanggungjawab Kami menolong orang yang BERIMAN..Surah ArRum ayat 47..
Allah kata tanggungjwab Allah bantu orang BERIMAN..bukan org sekadar islam..

Jihad!?? Mampukah kita yg sedang marah hentikan hunusan senjata didada
seorang yahudi ketika dia meludah ke muka kita!?? Mampukah!?? Sahabat2
jihad membunuh kerana ALLAH bukan kerana marah… Lihat diri kita
sendiri..x payah lihat orang lain..Hari masalah ummat x selesai sbab
kita sebok sangat cari, tengok, menunding salah org lain shingga
melupakan diri sendiri…
JIHAD YG PALING BESAR ADALAH JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU SENDIRI (auqamakolannabiyyin SAW)
No comments:
Post a Comment